Saturday, February 28, 2009

Tanda2 korang Netter sejati

Dari hasil soal selidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:



1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer

dan modem. Tunai !



2. Loceng di rumah anda tercatat "Click Here to continue"



3. Pintu bilik mandi anda tercatat "This site contains Adult Material, please verify your age"



4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.



5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.



6. Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.



7. "Unable to locate your server !," kata anda ketika menerima salah panggilan.



8. Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.



9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.



10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.



11. Anda menonton filem "The Net" ... . 63 kali.



12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang "UNDO".



13. Isteri anda meletakan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.



14. Anda memberi nama anak anda Firefox, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.



15. Anda memperkenalkan diri sebagai : youremail@...



16. Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi "This body best viewed with Internet Explorer 7 or higher."



17. Anda akan mengakses http://bilabilamasa.blogspot.com/ bila tengah bosan dengan

pasangan anda :P



18. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata "request time out !!!"



19. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.



20. Anda yang membaca citer ini sampai habis.

Wednesday, February 25, 2009

Father and Mother,I love you

Baca pelan-pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya
"Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang,tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?


Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
HARGAILAH KELUARGA ANDA "

cool stones pillow

Saturday, February 21, 2009