Saturday, November 13, 2010

Seni halus
















Kehidupan obama

Obama memang lebih disenangi oleh orang di dunia membangun berbanding dengan Bush dan lain-lain mantan Presiden US. Mungkin sebab dia berkulit gelap kot. Walau macamana pun jangan diharap Obama akan berlembut dengan orang Islam walau pun tidak seteruk Bush. Dia masih tidak memanggil pulang tentera AS di Iraq dan terus bersekongkol dengan Zionis memerangi Palestin dan terus memburu orang Islam yang diaorang kata pengganas.

Ada yang kata dia ni Yahudi, ada yang kata dia ni illumminati (pemuja syaitan), so kita tak payah la nak agung-agungkan sangat dia ni kan. Saja nak kongsi jer, gambar-gambar Obama yang perjalanan hidupnya agak berwarna-warni sikit dari mantan Presiden Amerika yang semuanya memang berasal dari US. Jadi jangan pesimis sangat, kalau saya ada gambar Dato’ Seri Najib dari kecil hingga kini pun saya akan berkongsi, begitu juga jika ada gambar Tuan Guru Dato’ Nik Aziz.

Ibu Obama bernama Stanley Ann,lulusan High School di Washington, kemudian belajar di University of Hawaii, dan disana bertemu Barack Obama Sr.(Bapa Obama).

Obama semasa kecil tinggal di Hawaii sehingga berumur 6 tahun. Tahun 1967, ibunya berkahwin lain dan keluarganya pindah ke Indonesia.

Gambar ini diambil ketika Obama bertemu dengan bapanya kali terakhir di Hawai tahun 1972 setelah orang tuanya bercerai. Bapanya kemudian ke Kenya dan bekerja untuk US oil company dan meninggal tahun 1982 pada umur 46 tahun kerana kemalangan kereta.

Obama bersama adik tirinya Maya Soetoro dan datuknya Stanley Dunham. Ibunya (Ann) berkahwin dengan Lolo Soetoro dan lahirlah Maya Soetoro. Gambar diambil di Hawaii tahun 1970 an. Ann kembali ke Hawaii tahun 1974-1977, kemudian kembali ke Indonesia

Bersama Ayah tirinya, Lolo Soetoro.

Bersama datuk dan neneknya di Columbia University, New York pada tahun 1980. Ketika ibunya tinggal di Indonesia, Obama tinggal di Hawaii dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.

Semasa belajar di Universiti.


Obama bergambar dengan saudaranya di Kenya.

Bersama nenek tirinya di Kenya, Sarah Obama pada tahun 1995.

Bersama aweknya masa tu, Michelle pada tahun 1992 di Hawaii ketika hari Krismas.Mereka bertemu tahun 1980 dan berkahwin pada tahun 1992.

Bersama anaknya yang berusia 2 tahun

Ketika terpilih menjadi Presiden Amerika ke 44

Gambar hangat yang mengatakan bukti Obama adalah seorang Yahudi yang taat.


Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.

Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.

1) Tsabar

Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.


2) Dasim

Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war

Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath

Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.


5) Zalnabur

Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

credit to blalang

Tuesday, November 9, 2010

10 perkara yang penduduk bumi perlu tahu pasal orang johor

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :
Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah”
Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ? Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.
Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”
roti perata – roti canai
semangka -tembikai
epok2 -karipap

Sekadar berkongsi mungkin ramai yang tahu tapi xperasan

disalin dan ditampal daripada sini

Thursday, November 4, 2010

Antara malam dan pagi

Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer setahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]

Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:

Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)**

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)
wallahualam