Tuesday, June 2, 2009

Lambat angkat

Dalam sebuah sekolah, pelajar tingkatan telah disoal soalan-soalan yang berkaitan dengan pengetahuan oleh guru gantian kerana guru asal mereka telah mula cuti bersalin.

Guru : "Dimulakan dengan pengetahuan am"
Murid-murid : "OK"

Guru: "Kenapa kain jemuran yang kering boleh menjadi basah??"
Azwan : "Kena air hujan."
Guru: "Salah"
Rizal : "Lambat angkat."
Guru: "Rizal... betul!" "

Sekarang soalan sains"
Murid-murid : "OK"

Guru: "Kenapa roti di oven boleh hangus?"
Azwan : "Berlakunya proses pemanasan dalam suhu tinggi, sehingga O2 di dalam oven terurai akibatnya zarah-zarah O2 yang panas bergetar melanggar roti sehingga rotinya mengalami trauma tumpul dan mengakibatkan roti bertukar kehitaman...!"
Guru: "Salaaaahhhhhh!"
Rizal : "Lambat angkat!"
Guru: "Betul... betul ! "

Sekaran soalan biologi"
Murid-murid : "Kami cuba yang terbaik cikgu"

Guru: "Kenapa perempuan boleh mengandung???"
Azwan : "Kerana terjadi zygote, iaitu percantuman diantara sperma ]
lelaki dengan sel telor wanita!"
Guru: "Salaaahhhhh!"
Rizal : "Lambat mengangkatnya!"

Ryu cakap:tak berhenti tersengeh tatkala teringatkan jawapan ni.

1 comment: