Wednesday, May 19, 2010

Sebaik-baik hari

Salam Jumaat,

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Wallahualam

No comments:

Post a Comment