Monday, June 28, 2010

Jawapan Imam Ghazali

JawapannyaKata Imam Ghazali

1. Yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah swt bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3. Yang paling besar di dunia ini adalah “NAFSU”. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. Yang paling berat di dunia ini adalah “MEMEGANG AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup dengan permintaan Allah swt, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5. Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita dan kehidupan dunia, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat dan berseronok-seronok, kita meninggalkan solat.

6. Yang paling tajam di dunia ini adalah “LIDAH MANUSIA” Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahualam.

Fesyen Lady GAGA makan diri


Ryu cakap:kita boleh gelak+guling ramai2~

Tuesday, June 1, 2010

Keyahudiaannya

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.


Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.

Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vader yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.

Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars?

Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menara Washington National Cathedral dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.

Penerbitan Filem Starwars

Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio di Amerika Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus kepada filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era perang galaksi.

Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran filem-filem Bombay.

Idea menghasilkan Starwars sebenarnya dicetuskan oleh penerbit Yahudi terkenal iaitu George Lucas yang kini adalah pemilik Lucas Film. Lucas adalah orang yang pertama menulis idea tentang kepahlawanan angkasa yang digelar Jedi.

Namun, ketika mula-mula memperkenalkan idea ini, Lucas terpaksa menulis dua kali tentang konsep Jedi kepada beberapa pengarah terkenal untuk memahamkan idea uniknya itu. Dari mana Lucas mendapat idea ini tidak diketahui dan ia amat mencurigakan sekali.

Lucas yang berdarah campuran British dan Jerman sekarang ini adalah pemilik Lucas Film yang mana amat terkenal dengan pembikinan filem-filem episod Starwars dan Indiana Jones.

Keraguan Tentang Watak Darth Vader
Watak Darth Vader juga dibina sendiri oleh George Lucas tetapi aspek watak fizikal pula direka oleh David Prowse yang pernah bergiat sebagai ahli sukan bina badan dan pelakon sambilan. Segala tingkahlaku dan perwatakan Darth Vader adalah mengikut sentuhan Prowse sendiri walaupun ianya dicipta oleh Lucas. Seperti juga Lucas, Prowse tidak juga mendedahkan di mana ia peroleh imej topeng Darth vader tersebut.

(Gambar) David Prowse dan kostum Darth Vader ciptaannya

Pada 1980, majalah National Geographic bersama gereja besar ini telah menganjurkan pertandingan melukis bagi kanak-kanak untuk diletakkan di National Cathedral. Amat menghairankan, tiga pemenang yang dipilih yang lukisan yang menggambarkan watak-watak jahat.

Budak lelaki yang bernama Christopher Rader telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3, dan watak yang dilukisnya ialah Darth Vader. Pemenang-pemenang lain pula melukis objek yang menjurus kepada unsur-unsur kejahatan.

Misteri Penghakiman Pertandingan oleh Pihak Gereja
(Gambar) Amat pelik, pihak pengurusan gereja memilih 3 watak jahat untuk diletakkan di menara Washington National Cathedral pada 1980.

Pihak gereja tahu bahawa pada 1980, pengaruh filem Starwars terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak amat kuat. Memilih watak dan memberikan anugerah kepada objek yang sudah diketahui masyarakat umum adalah amat mencurigakan.

Pihak gereja seolah-olah mahu menutup ‘kehendak’ tersembunyi mereka untuk meletakkan topeng Darth Vader ciptaan David Prowse itu. Kemungkinan pertandingan melukis itu hanyalah suatu topeng palsu untuk menutup hasrat sebenar pihak gereja Washington.

Sekiranya pihakpengurusan gereja meletakkan watak Darth Vader begitu sahaja, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, dan kemungkinan wartawan akan menyerang pihak gereja dan David Prowse tentang perletakan arca Darth Vader dengan beratus-ratus soalan.
Kami percaya pertandingan melukis itu hanyalah topeng dan kemenangan tempat ke-3 oleh Christopher Rader adalah dirancang dan apa yang dilukis oleh Rader sebenarnya di suruh. Objek topeng Darth Vader adalah sejenis lakaran ergonomik digital yang sukar dihasilkan melalui tangan.

Meletakkan kemenangan kepada Christopher Rader di tempat ke-3 adalah logik kerana jika diletakkan tempat pertama, sudah pasti hasrat sebenar pihak gereja dapat dipersoalkan oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli sejarah dan akademik.

(Gambar) Imej kedudukan topeng Darth Vader di menara gereja. Perlukan teropong untuk melihatnya.

sumber:dajjal

Kisah si Adolf Hitler

  • Bercita-cita menjadi seorang Pelukis/Seniman. Tetapi Ayahnya mahu dia menjadi Pegawai Negeri sehingga dia selalu dipukul dan di paksa masuk ke sekolah akademik dan bukannya seni.
  • Ibunya pula selalu memanjakan dan memberikan kasih sayang dan selalu cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Hitler. Ibunya juga selalu mendakap dan memeluk Hitler selepas Hitler dipukul dengan teruk oleh ayahnya. Sebab itulah Hitler selalu membawa gambar ibunya didalam saku sehingga akhir hayatnya.
  • Hitler sebenarnya adalah seorang yang pintar disekolah, tetapi dia tidak sukakan sekolah akedemi dan lebih menginginkan kesekolah kesenian. Akhirnya, dia menjadi semakin malas dan keputusan pelajaranya semakin merudum. Kerana kemarahan, ayahnya memukulnya dengan teruk. Pada usia 15 tahun, dengan mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibunya, Hitler meninggalkan sekolah dan mengadu nasibnya ke Universiti Wina untuk hidup sebagai seorang seniman.
  • Semasa mengikuti ujian biasiswa di Universiti Seni Wina, profesor mengatakan yang Hitler lebih berbakat dalam bidang arkitek berbanding kesenian. Dan lebih mendukacitakan lagi, keputusannya ditolak oleh pihak universiti kerana dia tidak mempunyai teknik pendidikan yang diperlukan.
  • Menjadi penganggur dan gelandangan selama 5 tahun, tinggal di sebuah rumah sempit bersama 6 orang lagi dari keluargan yahudi.
  • Menjadi pelukis jalanan dan menerima makanan sumbangan daripada gereja. Kerana kesihan, seorang yahudi, Max Rothman , seorang yang membuat urusan menjual beli barangan seni mengambil Hitler sebagai perkerjanya. Hitler ditugaskan untuk melukis kad pos dan mendapat upah yang paling minimum.
  • Ketika Perang Dunia 1 bermula, dia menjadi sukarelawan pasukan Bavaria (Prusia) Jerman, walaupun dia sebenarnya adalah warganegara Austria. Dia sebenarnya pernah mencuba untuk manjadi tentera Austria, tetapi ditolak kerana tidak lulus ujian kesihatan. Mengikut laporan ujian kesiahan yang sampai sekarang ini masih disimpan, menyatakan yang Hitler terlalu lemah untuk membawa standart kelengkapan perang yang seberat 48 kg, dan berjalan sejauh 5 km. Dia juga dilaporkan tidak dapat mengangkat senjata api untuk waktu yang lama dan mengalami malnutrasi kerana kekurang gizi.
  • Ketika rajimennya dihantar ke barisan depan, mereka terkena tembakan senjata pasukan Perancis. Daripada 600 orang yang dihantar, hanya 32 parajurit yang terselamat termasuk Hitler.
  • Kerana memiliki tubuh yang kecil dan dapat berlari dengan cepat, Hitler ditugaskan sebagai penghatar pesanan kerana dia dengan mudah melalui parit-parit pertahanan yang penuh sesak dan sempit. Pernah sekali kawasan paritnya diserang gas beracun, dia terselamat. Hitler tidak berada disitu kerana ditugaskan menghatar pesanan. Hitler terlambat sampai kembali ke paritnya hanya kerana Hitler cuba menyelamatkan anjing Harder Jerman yang dibawa bersamanya. Maka terselamatlah Hitler dari serangan gas beracun tersebut.
  • Walaupun Hitler selalu menjadi bahan gurauan dan jenaka oleh parajurit lain kerana memiliki tubuh yang lebih kecil berbanding yang lain, tetapi keberaniannya diakui oleh pihak atasanya. Hitler menerima 6 pingat keberanian iaitu The Iron Cross. Hitler selalu harus menghindari tembakan musuh semata-mata untuk mengirimkan pesanan untuk komander di barisan hadapan.
  • Suatu hari, ketikan sebang berehat dalam khemhnya bersama parajurit lain, tiba-tiba anjing Harder itu terlepas. Hitler jatuh tergolek kerana mengejarnya dan ditertawakan oleh parajurit-parajurit yang lain. Kerana merasa kesal dengan anjingnya, Hitler mengheret anjingnya keluar dari kawasan itu untuk ditembak. Selepas baru sahaja keluar dari khemah sambil menarik anjingnya, satu hentaman senjata berat telah mengenai khemah mereka dan mengorbankan kesemua anggota kecuali Hitler yang mengheret anjingnya.
  • Diakhir Perang Dunia 1, Hitler terkena serangan gas mutard. Hitler tidak terkorban tetapi telah mengakibatkannya buta sementara kerana dia telah memakai topeng. Dia berlari kemana sahaja arah yang ditarik oleh anjingnya dan kemudia dia tersangkut pada kawat berduri. Dia terselamat kerana anjingnya telah membawanya menjauhi arah hembusan angin.
  • Mengikut hasil keputusan doktor yang merawatnya, Hitler akan mengalami buta mata untuk selamanya seperti tentera lain yang terkena gas mustard. Tetapi oleh sebab Hitler selalu menangis terus menerus selama beberapa hari kerana mendengar kekalahan Jerman, matanya yang ditutupi oleh kain kasa dan kapas menjadi sentiasa lembab dan ketika doktor membuka penutup matanya, Hitler tiba-tiba dapat melihat.
  • Seorang kapten atasa Hitler pada Perang Dunia 1 pernah berkata yang Hitler akan memiliki karier yang cemerlang dalam bidang ketenteraan kerana Hitler tidak memiliki sikap kepimpinan dan tidak akan boleh menjadi pemimpin.
  • Hitler adalah seorang yang pemalu walaupun dapat bercakap berapi-rapi dihadapan ribuan orang. Dia tidak akan dapat berucap atau berbahas bila berhadapan satu lawan satu.
  • Hitler adalah seorang vageterian walaupun kekadang terpaksa memakan daging atas nasihat doktor, tidak minum arak dan juga tidak morokok. Hitler juga adalah seorang anti-rokok dan dimana dia berada, tak akan ada asap rokok yang kelihatan. Walaupun tiada larangan merokok dikeluarkan, tetapi umumnya sudak diketahui ramai yang merokok adalah dilarang dikawasan umum terutamanya kawasan Berlin dan Munich.
  • Hitler juga pernah menawarkan seutas jam tangan emas kepada sesiapa sahaja orang bawahannya yang berjaya berhenti merokok. Ketika Hitler bunuh diri, sebahagian besar parajuritnya terus menyalakan rokok untuk menghilangkan ketegangan kerana ketika itu, Berlin sudah pun berjaya ditawan oleh tentera merah Soviet.
  • Hitler melarang sebarang aktiviti berburu binatang untuk diambil kulitnya. Dia memerintahkan pasukan Nazi supaya menggunakan bahan dari sintetik untuk dibuat jubah dan selimut untuk musim sejuk.
  • Hitler seringkali menggambarkan proses penyembelihan haiwan secara kejam dan mengajak agar orang-orangnya supaya tidak memakan daging dan menjadi vageterian sepertinya.
  • Hitler juga memerintahkan Martin Borman untuk membina sebuah rumah kaca khas untuk menanam sayuran dan buah-buahan untuk kegunaannya.
    Orang yang paling dibenci oleh Hitler lebih dari orang yahudi adalah seorang suami yang memukul dan meninggalkan anak serta isterinya. Bagi Hitler, orang seperti ini harus dihukum mati.
  • Walaupun orang menganggap Hitler adalah seorang diktator yang boleh buat apa sahaja, tetapi dia hanya memiliki sejumlah 180,000 Reichmark sahaja didalam simpanannya. Itupun adalah hasil dari penjualan buku dan juga gajinya sebagai "Reichchancelor" selama 12 tahun pada masa lalu. Dia tidak pernah menyentuh sesen pun wang negara.
  • Hitler sangat mengagumi Mussolini dan menganggap Mussolini sebagai idolanya. Tetapi semua pandangannya terhadap Mussolini terus berubah aabila dia bertemu langsung dengan Mussolini.
  • Walaupun sering ditunjukkan gambarnya dalam berpakaian seragan tentera, Hitler tidak pernah memasuki sekolah tentera dan pangkat terakhir Hitler dalam tentera hanyalah sebagai seorang kopral sahaja.
  • Pakaian seragam Coklat Sa dan Hitler Touth telah direka cipta oleh Hugo Boss pada tahun 1933. Hugo Boss jugalah yang mereka corak seragam hitam untuk anggota tentera Hitler. Hitler yang menyukai corak seragam tersebut telah memberikan sebahagian besar kontrak pembuatan seragam Nazi kepada Hugo Boss.
  • Hitler mahukan sebuah kenderaan murah untuk rakyatnya. Dia menggambarkan konsep kenderaan yang diingininya keatas lembaran kertas tisu dalam satu upacara makan malam dan diberikan kepada Dr. Ferdinand Porsche untuk merialisasikannya. Kenderaan itu kemudiannya dikeluarkan dan diperkenalkan kepada umum dengan nama VW-Volkswagon (Kenderaan Rakyat)

Kalau la Star Wars ada