- Bercita-cita menjadi seorang Pelukis/Seniman. Tetapi Ayahnya mahu dia menjadi Pegawai Negeri sehingga dia selalu dipukul dan di paksa masuk ke sekolah akademik dan bukannya seni.
- Ibunya pula selalu memanjakan dan memberikan kasih sayang dan selalu cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Hitler. Ibunya juga selalu mendakap dan memeluk Hitler selepas Hitler dipukul dengan teruk oleh ayahnya. Sebab itulah Hitler selalu membawa gambar ibunya didalam saku sehingga akhir hayatnya.
- Hitler sebenarnya adalah seorang yang pintar disekolah, tetapi dia tidak sukakan sekolah akedemi dan lebih menginginkan kesekolah kesenian. Akhirnya, dia menjadi semakin malas dan keputusan pelajaranya semakin merudum. Kerana kemarahan, ayahnya memukulnya dengan teruk. Pada usia 15 tahun, dengan mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibunya, Hitler meninggalkan sekolah dan mengadu nasibnya ke Universiti Wina untuk hidup sebagai seorang seniman.
- Semasa mengikuti ujian biasiswa di Universiti Seni Wina, profesor mengatakan yang Hitler lebih berbakat dalam bidang arkitek berbanding kesenian. Dan lebih mendukacitakan lagi, keputusannya ditolak oleh pihak universiti kerana dia tidak mempunyai teknik pendidikan yang diperlukan.
- Menjadi penganggur dan gelandangan selama 5 tahun, tinggal di sebuah rumah sempit bersama 6 orang lagi dari keluargan yahudi.
- Menjadi pelukis jalanan dan menerima makanan sumbangan daripada gereja. Kerana kesihan, seorang yahudi, Max Rothman , seorang yang membuat urusan menjual beli barangan seni mengambil Hitler sebagai perkerjanya. Hitler ditugaskan untuk melukis kad pos dan mendapat upah yang paling minimum.
- Ketika Perang Dunia 1 bermula, dia menjadi sukarelawan pasukan Bavaria (Prusia) Jerman, walaupun dia sebenarnya adalah warganegara Austria. Dia sebenarnya pernah mencuba untuk manjadi tentera Austria, tetapi ditolak kerana tidak lulus ujian kesihatan. Mengikut laporan ujian kesiahan yang sampai sekarang ini masih disimpan, menyatakan yang Hitler terlalu lemah untuk membawa standart kelengkapan perang yang seberat 48 kg, dan berjalan sejauh 5 km. Dia juga dilaporkan tidak dapat mengangkat senjata api untuk waktu yang lama dan mengalami malnutrasi kerana kekurang gizi.
- Ketika rajimennya dihantar ke barisan depan, mereka terkena tembakan senjata pasukan Perancis. Daripada 600 orang yang dihantar, hanya 32 parajurit yang terselamat termasuk Hitler.
- Kerana memiliki tubuh yang kecil dan dapat berlari dengan cepat, Hitler ditugaskan sebagai penghatar pesanan kerana dia dengan mudah melalui parit-parit pertahanan yang penuh sesak dan sempit. Pernah sekali kawasan paritnya diserang gas beracun, dia terselamat. Hitler tidak berada disitu kerana ditugaskan menghatar pesanan. Hitler terlambat sampai kembali ke paritnya hanya kerana Hitler cuba menyelamatkan anjing Harder Jerman yang dibawa bersamanya. Maka terselamatlah Hitler dari serangan gas beracun tersebut.
- Walaupun Hitler selalu menjadi bahan gurauan dan jenaka oleh parajurit lain kerana memiliki tubuh yang lebih kecil berbanding yang lain, tetapi keberaniannya diakui oleh pihak atasanya. Hitler menerima 6 pingat keberanian iaitu The Iron Cross. Hitler selalu harus menghindari tembakan musuh semata-mata untuk mengirimkan pesanan untuk komander di barisan hadapan.
- Suatu hari, ketikan sebang berehat dalam khemhnya bersama parajurit lain, tiba-tiba anjing Harder itu terlepas. Hitler jatuh tergolek kerana mengejarnya dan ditertawakan oleh parajurit-parajurit yang lain. Kerana merasa kesal dengan anjingnya, Hitler mengheret anjingnya keluar dari kawasan itu untuk ditembak. Selepas baru sahaja keluar dari khemah sambil menarik anjingnya, satu hentaman senjata berat telah mengenai khemah mereka dan mengorbankan kesemua anggota kecuali Hitler yang mengheret anjingnya.
- Diakhir Perang Dunia 1, Hitler terkena serangan gas mutard. Hitler tidak terkorban tetapi telah mengakibatkannya buta sementara kerana dia telah memakai topeng. Dia berlari kemana sahaja arah yang ditarik oleh anjingnya dan kemudia dia tersangkut pada kawat berduri. Dia terselamat kerana anjingnya telah membawanya menjauhi arah hembusan angin.
- Mengikut hasil keputusan doktor yang merawatnya, Hitler akan mengalami buta mata untuk selamanya seperti tentera lain yang terkena gas mustard. Tetapi oleh sebab Hitler selalu menangis terus menerus selama beberapa hari kerana mendengar kekalahan Jerman, matanya yang ditutupi oleh kain kasa dan kapas menjadi sentiasa lembab dan ketika doktor membuka penutup matanya, Hitler tiba-tiba dapat melihat.
- Seorang kapten atasa Hitler pada Perang Dunia 1 pernah berkata yang Hitler akan memiliki karier yang cemerlang dalam bidang ketenteraan kerana Hitler tidak memiliki sikap kepimpinan dan tidak akan boleh menjadi pemimpin.
- Hitler adalah seorang yang pemalu walaupun dapat bercakap berapi-rapi dihadapan ribuan orang. Dia tidak akan dapat berucap atau berbahas bila berhadapan satu lawan satu.
- Hitler adalah seorang vageterian walaupun kekadang terpaksa memakan daging atas nasihat doktor, tidak minum arak dan juga tidak morokok. Hitler juga adalah seorang anti-rokok dan dimana dia berada, tak akan ada asap rokok yang kelihatan. Walaupun tiada larangan merokok dikeluarkan, tetapi umumnya sudak diketahui ramai yang merokok adalah dilarang dikawasan umum terutamanya kawasan Berlin dan Munich.
- Hitler juga pernah menawarkan seutas jam tangan emas kepada sesiapa sahaja orang bawahannya yang berjaya berhenti merokok. Ketika Hitler bunuh diri, sebahagian besar parajuritnya terus menyalakan rokok untuk menghilangkan ketegangan kerana ketika itu, Berlin sudah pun berjaya ditawan oleh tentera merah Soviet.
- Hitler melarang sebarang aktiviti berburu binatang untuk diambil kulitnya. Dia memerintahkan pasukan Nazi supaya menggunakan bahan dari sintetik untuk dibuat jubah dan selimut untuk musim sejuk.
- Hitler seringkali menggambarkan proses penyembelihan haiwan secara kejam dan mengajak agar orang-orangnya supaya tidak memakan daging dan menjadi vageterian sepertinya.
- Hitler juga memerintahkan Martin Borman untuk membina sebuah rumah kaca khas untuk menanam sayuran dan buah-buahan untuk kegunaannya.
Orang yang paling dibenci oleh Hitler lebih dari orang yahudi adalah seorang suami yang memukul dan meninggalkan anak serta isterinya. Bagi Hitler, orang seperti ini harus dihukum mati. - Walaupun orang menganggap Hitler adalah seorang diktator yang boleh buat apa sahaja, tetapi dia hanya memiliki sejumlah 180,000 Reichmark sahaja didalam simpanannya. Itupun adalah hasil dari penjualan buku dan juga gajinya sebagai "Reichchancelor" selama 12 tahun pada masa lalu. Dia tidak pernah menyentuh sesen pun wang negara.
- Hitler sangat mengagumi Mussolini dan menganggap Mussolini sebagai idolanya. Tetapi semua pandangannya terhadap Mussolini terus berubah aabila dia bertemu langsung dengan Mussolini.
- Walaupun sering ditunjukkan gambarnya dalam berpakaian seragan tentera, Hitler tidak pernah memasuki sekolah tentera dan pangkat terakhir Hitler dalam tentera hanyalah sebagai seorang kopral sahaja.
- Pakaian seragam Coklat Sa dan Hitler Touth telah direka cipta oleh Hugo Boss pada tahun 1933. Hugo Boss jugalah yang mereka corak seragam hitam untuk anggota tentera Hitler. Hitler yang menyukai corak seragam tersebut telah memberikan sebahagian besar kontrak pembuatan seragam Nazi kepada Hugo Boss.
- Hitler mahukan sebuah kenderaan murah untuk rakyatnya. Dia menggambarkan konsep kenderaan yang diingininya keatas lembaran kertas tisu dalam satu upacara makan malam dan diberikan kepada Dr. Ferdinand Porsche untuk merialisasikannya. Kenderaan itu kemudiannya dikeluarkan dan diperkenalkan kepada umum dengan nama VW-Volkswagon (Kenderaan Rakyat)
Tuesday, June 1, 2010
Kisah si Adolf Hitler
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment