Friday, July 23, 2010

Bilik spesis manusia yang obses twilight


Ryu cakap:kalau penuh dengan ayat suci ke,gambar family ke x pe jugak.Ni penuh dengan pontianak.aduhai manusia.

Tuesday, July 20, 2010

Terlampau di hari persandingan


Perempuan kalau dulu ke kenduri kahwin biasanya memakai baju kurung atau kebaya. Jika dilihat sekarang ni dah tak kisah lagi dah yang pakai seluar jeans pun ada. Apa pun yang penting menutup aurat dan kalau boleh bertudung labuh.

Yang tak tahan berbaju sendat kemudian bertudung. Namun begitu anak lelaki atau anak perempuan semuanya menjadi tanggungjawab kita untuk mendidiknya mengikut ajaran Islam. Mereka semuanya berasal dari kain putih, ibu bapanya yang mencorakkannya nak jadi apa.Namun kalau dah didik dengan ajaran Islam tetapi sekarang ni pengaruh luaran memang hebat giler , terserahlah kepada Allah SWT mungkin ada hkmah di sebaliknya.

Ya Allah, jadikanlah anak kami anak yang soleh dan isteriku isteri yang solehah.

Amaran:
Ada gambar 18SX sikit, jangan melihat jika anda mahu menjaga aurat mata.


Berbalik kepada fesyen ke kenduri kahwin tadi, gambar yang diambil secara candid dari belakang seorang perempuan yang berpakaian amat jarang. Memang tak sesuai langsung..memang tak boleh blah betul la minah ni. Mudah-mudahan dia bukan Melayu dan Islam. Kalau Melayu dan Islam, nih aku nak kasik sikit.

Org lain pun dressing gak…..ni dah mcm berbogel apa kes? Apasal org melayu kita ni, boleh jadi sampai x malu mcm nie? Dahlah nampak lemak berjuntai..

Buat malu Islam dan Melayu betul. Patutla nabi kata, akan datang 1 zaman dimana waktu itu, wanita berpakaian tapi bertelanjang. Ini la zamannya…………

Kesimpulannya, memang siot je perempuan ni. Semoga dia ditunjukkan jalan yang benar dan bertaubat. Kepada perempuan di luar sana yang suka berpakaian seksi dan jarang – korang jangan ingat semua lelaki suka. Kalau suka pun setakat tengok jer, nak buat isteri sori ler..Tolong kami bantu kami, janganlah berpakaian terlampau.

ALLAH Sayang Anti

Kaum wanita masa kini kononnya sama macam lelaki juga, apa lelaki boleh buat wanita pun boleh buat. Maka timbullah NGO atau kumpulan2 yang memperjuangkan hak asasi wanita dan meminta hak samarata dengan lelaki. Malah mereka juga ada yang terlanjur mempertikaikan status wanita di sisi Islam seperti:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki.
4. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri.
7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”.

Cuba kita lihat kenyataan sebaliknya ?


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki
Tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan ingatkah jika dia meninggal dunia karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap! 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ini bermakna, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri
Wanita dikatakan sukar mengawal emosi. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, nescaya syurga menantimu.

Ryu cakap:beruntunglah kamu wahai wanita..

Antara punca peningkatan mendadak Karbon Monoksida di Dunia


Ryu cakap:kepala hot...

Tuesday, July 6, 2010

Sebab Michael Ballack tidak beraksi pada piala dunia 2010

Ryu cakap:tukar career da rupanya.

Transformer


Ryu cakap:Muka ko daripada hensem2,da ko buat jadi macam badut.Apa punya APE

Seni D' Jalan